Thursday, September 10, 2009

STaY ThE SaMe

Don't You Ever Wish
You Were Someone Else
You Were Meant To Be
The Way You Are Exactly

Don't You Ever Say
You Don't Like The Way You Are
When You Learn To Love Your Self
You're Better Of By Far

And I Hope You Always Stay The Same
Coz There's Nothing About You I would Change

I Think That You Could Be
Whatever You Wanted To Be
If You Could Realize
All The Dream You Have Inside
Don't Be Afraid
If You've Got Something To Say
Just Open Up Your Heart
And Let It Show You The Way

Believe In Yourself
Reach Down Inside
The Love You Find Will Set You Free

Believe In Yourself
You Will Come Alive
Have Faith In What You Do
You'll Make It Through

Dont Change.....


Sunday, September 6, 2009

KeLuH KeSaH Ku

haaihhhh...
haihhhhh...
haaihhhhh....

"mus..xbaik mengeluh.. Tuhan marah..." tu la yg kwn2 slalu ckp...
mmg la bunyi tuh mengeluh..tapi bukannye tanda aku mengalah or berputus asa or salahkan org lain or ape2 je lah kan.. it's just my simple trademark expression of being tired.. that's all..
nothing more and nothing less..

being tired.. tired of what?? hmm... macam2 ada....

  • study
  • family
  • kawan2
  • duit
  • makan
  • laptop
  • surrounding
well.. each one of them gave me different ways colouring my life day by day...
ni bukan main kaler2 kat colouring book tu ye.. haha.. it's just not as simple as that..
but sometimes i really wish it could be simple,relax and easy..

STUDY---- waaaahhhh... penat kot... cant argue about that... study ape2 pun mmg la penat tp aku yg hidup sbg student medic nih, huhu, study sampai nangis pun still rase susah.. xpelah, no pain no gain kan.. surely, i wont n never ever ever ever infinity give up hope in eveything i do.. but still, penat.... haaaihhhhh......


FAMILY---- dok jauh2 di perantauan (manipal, india)...rindu la.. tipu la sape ckp xrindu.. tumbuk baru tau.. hehe.. but i'm not tired missing them okey...its not like that.. aku juz penat menunggu bile next holiday coz xsabar nak balik umah jumpe diorg.. =p last2 seksa gak sbb before cuti konfem ader exam... haaaaiiihhhhhh...


KAWAN----- haaa... ni lah dia... xkesah la hang pi mana pun, diorg akan ader di mane2 dgn prangai @ fi'il @ behaviour @ tabiat diorg yg pelbagai n ntah ape kejadahnye.. ahahaa.. biaselah, ade kwn yg setelkan problem..ade kwn nk mntk tlg dgr problem..xkurang juge ye member yg wat problem.. ngeh3.. mcm2 hal kan..

tp naluri manusia kot, kte xboleh nak rase tenang bile kwn kte sendiri susah hati.. x mudah sebenarnye nak jage hati semua org.. more secrets more lies..and its not something easy to be taken care of.. penat tau...

but the best part is that when we help them,we help ourselves at the same time.. learn the value of it.. that's how we keep building maturity of our mind, soul n relationship with others..
haaihhhhhh...


Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban...berhati-hati lah di antara ibadah dan bidaah..

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan AMARAN yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Wednesday, April 8, 2009

SeNyumaN ITu...

Senyuman itu...
ku lihat terukir
mekar menguntum
harum semerbak
berkilauan

Senyuman itu...
yang lahir di wajahnya
palsukah ia
tuluskah ia
hanya tuhan yang tahu

Senyuman itu...
pada zahir pandanganku
penuh ceria
mencipta bahagia
namun ku tahu,
di ufuk batinnya
terbuku kerisauan
tersirat kedukaan
tersulam keresahan

Senyuman itu...
yang terus memancar
penuh pengharapan
penuh keredhaan
penuh keinsafan
dari hambaMu yang lemah
mendamba inayahMu

Ya Allah..
aku memohon padaMu
janganlah Kau padam senyuman itu
biarkanlah ia terus melirik
dengan belas kasihan dariMu
andai hilang senyuman itu
aku meminta izin dariMu
ambillah sebahagian dari senyumanku
titiskanlah air matanya di pipiku
agar dia kembali senyum
kerana sesungguhnya Ya Allah
aku melihat KebesaranMu dan KeagunganMu
dari senyuman itu...

Tuesday, April 7, 2009

Bila Mengelamun di Tgh Malam

kdg2 aku termenung
hidup aku ni tak same dgn org lain
bila aku rase susah, aku tgk org lain senang je
then bila aku rase tenang dan gembira, aku nmpk org lain kesedihan
aku je yg camni ke, or org lain pun camtu gak?
hidup org kalo kite prasan, berubah-ubah
aku xrase diorg nak lalui semua tuh
tapi mungkin itu lah ketentuan dariNya
utk sape? kite yg lupe, leka?
salah, in fact org yg patuh n taat pun same
xde sorg pun akan terlepas drp janjiNya

Kita ni manusia biase je kan
hamba yang lemah, hina
xmampu kite utk hidup sendiri
hanya leh bersandar padaNya
tiada lagi yang lain
bila Dia melihatkan kita:
dengan dugaanNya, sabarkah kita
dengan kasih sayangNya, syukurkah kita
dengan rahmatNya, redhakah kita

kdg2 aku terfikir gak
kte sume slalu nak kasih syg drp Dia
tp camne kte nmpk kasih yg Dia dah bg?
kte ada family yg syg kte
kte ada kwn yg syg kte
mgkn itulah bentuk kasih sygNya utk kte
kte je yg xnmpk kot semua tu
jd bile xnmpk, kte xamik kisah

ayah aku slalu ckp
tuhan tu mmg maha bijaksana
sbb kte xleh pilih saudara ataupun family
baik buruk diorg,nk xnk, tetap family kte
tapi nasib baik, kte leh pilih kwn
yg baik kte simpan, yg xbaik kte jauhkan
plg penting, kte xkan keseorangan
bile family xde, kte ade kawan
anggaplah kedua-duanya sbg amanah drpNya
sbb diorg yg mencerminkan diri kte
susah snang, suka duka, sakit sihat
sume tu xkan bermakna tanpa diorg
rugilah bg sape2 yg xnk bersyukur

Sunday, April 5, 2009

Dentist yang Emo....



cite ini khas untuk kamu-kamu yang nak jumpa dentist..
Dont expect to much from them... hmm...

-Pukul 9.00 pagi di bumi Manipal, India.
motor aku memecut 20km/j menuju KMC Dental Clinic.
ade appointment nak buat lubang kat gigi then tampal balik.. haha..
lepas register itu ini, menunggulah diri ini di bilik no 2..
Miss Sarojini, kerani yg jage kat kaunter di bilik itu, berkali-kali memujuk aku besertakan senyuman manis di bibir nya,"u wait, no.. u wait, no.." katanya............. selama 2 jam...

sambil menghabiskan waktu yg mungkin bagi orang sini adalah amat 'singkat', aku usha2 la keadaan kat situ.. byk dentist yg postgraduate keluar masuk bilik tu..
tiba-tiba.... sesuatu yg xkuduga berlaku...
Sharmila, classmate aku muncul... melihatku dan... "muss......!!! haiii...!!!"
rase cam gigi aku ni dah xde lubang utk ditampal dah... wahahaha..
so, kitorg pun borak2 la.. bercerita kisah2 yang x ingin di kisahkan pun.. sampai la nama ku di panggil..

-Pukul 11.00 pagi di bumi panas Manipal, India.
aku duduk lah di atas benda yang macam kerusi urut tuh.. best lah.. ade lampu.. ingat nak beli satu la, sedap sket study kat umah.. akak dentist tu suruh aku baring dan menanggalkan.... kaca mata aku.. nampak ok je dia nih.. senyum2 je.. sejuk sket..
die pun mula la menggerudi gigi aku... zzzzzettt... zzzzettt.. zzzzettt.. aku lenguh nganga mulut.. so, die bg rehat jap.. lpas tu, zzzzzettt... zzzzettt...zzzzzzetttt... okey, setel..

then, dia nak drill gigi ku belah kiri atas plak.. ntah camne, position dia menyusahkan dia untuk drill.. and dia x tau nak figure out position yg mantap.. beberapa kali usaha untuk men'drill' telah gagal.. aduhh... muka dia da lain da... masalah datang la ni... konfem... abis la aku..

dia suruh aku nganga besar2, dan dengan kasar sungguh wanita itu, menarik bibir ku ketepi sbb nak tgk gigi aku.. aku tahan keperitan itu dalam nafas ku.. sakit taauuu!!! pastu aku ckp dlm keadaan ternganga.. "hok he, hee hai hess horr herr haaii" (doctor,can i rest for a while)..
die xbg.. melawan ni... die suh aku diam dan jgn gerak.. in fact, die pulas leher aku.. ini dah main kasar nih...

perasaan aku bergelodak, aku dah bengang.. memang da panas gile nih.. siap lah kamu wahai dentist wanita...
tetapi, aku tetiba tersedar.. bahawa dia sedang memegang penggerudi tu dalam mulut aku...
so, huhu... terima je lah... kang die drill palate aku smpai middle concha kang.. huhu..
dia pun akhirnya selesai kan kerjanya iaitu menempek bende ape ntah kat gigi aku..
"go out and wait outside!!'.. amboi, sedapnye bahase.. nak xnak, keluar la gak..

aku pun ckp, "thanx doctor for the 'treat' !!" dgn xnak tengok muka dia, aku menghalau diri aku keluar....

kepada bakal2 doktor semua.... tolong la... kalau ader problem... jgn pass problem tu kat orang lain.... kalau x, korang same je macam orang hisap rokok.. problem diorg la ketagih rokok.. tp bagi problem kat orang lain dgn bagi asap rokok tuh..

Thursday, April 2, 2009

IFTITAH,,

dgn kalimah bismillah ar-rahman ar-rahim..
salam pembukaan blog ini..
di malam yg penuh sepi ini..
aku ciptakan blog ini..
tapi tiada idea lagi..